KEMATIAN PEMINJAM PERUMAHAN

PANDUAN KEPADA JABATAN / WARIS-WARIS PENJAWAT AWAM YANG MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

Ketua Jabatan perlu dengan serta-merta melaporkan kematian anggotanya kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dengan mengemukakan Borang Lampiran II dan salinan sijil kematian yang telah disahkan oleh Pengeluar Sijil/Polis/ Ketua Jabatan.

Atau;

Waris/balu juga boleh bertindak menghantar satu salinan sijil kematian yang telah disahkan oleh Pengeluar Sijil/Polis/Ketua Jabatan ke LPPSA secepat mungkin dengan menyatakan nama penuh waris/balu, alamat dan no. telefon yang terkini untuk dihubungi.

Ini bagi membolehkan LPPSA menguruskan tuntutan pampasan insurans/takaful dari Syarikat Insurans/Takaful.

Satu notis pemberitahuan akan dikeluarkan oleh LPPSA kepada waris/balu/jabatan bagi memaklumkan status akhir kedudukan Akaun Pinjaman samada berbaki debit/kredit setelah amaun pampasan disahkan diterima oleh LPPSA.

Di dalam kes di mana didapati pinjaman masih berbaki debit selepas ditolak insurans yang diterima, waris/balu perlu menjelaskan baki debit tersebut sebelum LPPSA memulangkan dokumen hakmilik.

Sementara itu, waris/balu juga dinasihatkan untuk terus menghubungi Pejabat Tanah/Mahkamah Tinggi atau melantik peguam bagi urusan mendapatkan surat pentadbiran pusaka tanpa menunggu notis pemberitahuan LPPSA memandangkan tempoh pengeluaran dokumen tersebut juga memakan masa.

LPPSA hanya akan memulangkan semula geran dan lebihan kredit (jika ada) setelah pihak waris/balu/jabatan menyerahkan salah satu salinan suratpentadbiran pusaka seperti berikut;-

i.           Surat Perintah Pembahagian Harta, Ordinance (Pembahagian) Harta Pesaka Kecil,1985 sekiranya harta bernilai kurang dari RM2,000,000/-; atau

ii.           Surat Perintah Mahkamah bagi harta bernilai atau lebih RM2,000,000/-; atau

iii.           Surat Kuasa Pentadbiran (Letter Of Administration) yang dikeluarkan oleh pegawai Pejabat Tanah atau Mahkamah Tinggi; atau

iv.           Surat Kuasa (Grant Of Probate) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi.

Salinan surat tersebut hendaklah disahkan oleh pegawai Pejabat Tanah/ Mahkamah berkenaan sebelum diserahkan ke LPPSA. Waris/balu juga dinasihatkan menghubungi Jabatan Perkhidmatan Awam Pencen (JPA-Pencen) bagi urusan pencen terbitan sekiranya berkaitan.

Sumber: Web Rasmi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

The law is complicated, and you may need a lawyer at the casino to protect your rights. An injury lawyer can help you get compensation for the injury you received at the casino you deserve. However, if you are physically harmed by a security guard or other casino staff, you should consult a lawyer. no registration casinos are obliged to protect their guests and employees from any dangers.